Lapangan Terbang London City dibuka semula hari ini – Channel W

Lapangan Terbang London City dibuka semula hari ini

Lapangan terbang London City dibuka semula dan beroperasi seperti biasa, hari ini.

Pihak pengurusan mengesahkan perkara tersebut selepas dua bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui berhampiran dibawa keluar dari Sungai Thames.

Kesemua penerbangan pergi dan balik ke lapangan terbang berkenaan dibatalkan pada Isnin selepas bahan letupan seberat setengah tan ditemui berhampiran Jeti Raja George V di timur London, menyebabkan zon pengecualian sehingga 200 meter ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lapangan Terbang London City, Robert Sinclair dalam satu kenyataan berkata bahan letupan didakwa dari Perang Dunia Kedua di Jeti Raja George selamat dialihkan Tentera Laut Diraja dan Polis Met.

Ia sekali gus membatalkan zon pengecualian manakala lapangan terbang dibuka dan beroperasi seperti biasa hari ini. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans