Lebih 30 Maut Gempa Papua New Guinea – Channel W

Lebih 30 Maut Gempa Papua New Guinea

Papua New Guinea – Kejadian gempa bumi yang melanda kawasan pergunungan Papua New Guinea, semalam, telah mengakibatkan lebih 30 orang maut.

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu berlaku 90 kilometer di selatan Porgera dan diikuti dua gegaran susulan yang kuat.

Pengurus wilayah, William Bando dipetik akhbar PNG Post Courier berkata, sekurang-kurangya 13 orang dilaporkan meninggal dunia di Mendi manakala 18 lagi dipercayai terbunuh di Kutub dan Bosave.

Menurut laporan akhbar berkenaan, kira-kira 300 penduduk lagi mengalami kecederaan manakala beberapa kerosakan termasuk tanah runtuh dan mendapan lubang turut berlaku.

Laman web The Papua New Guinea Today memetik kenyataan Paderi Pius Hal melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang lagi termasuk empat kanak-kanak maut akibat tanah runtuh.

Pasukan penyelamat kerajaan dijangka diterbangkan ke kawasan terjejas hari ini bagi mendapatkan gambaran menyeluruh bencana berkenaan.

Ketua Setiausaha kerajaan, Isaac Lupari berkata, pasukan tentera akan digerakkan untuk membantu memulihkan semua perkhidmatan dan prasarana yang terjejas akibat bencana berkenaan. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans