Lebuh raya utama masih sesak – Channel W

Lebuh raya utama masih sesak

Sejak semalam hingga hari ini trafik di semua lebuh raya utama sesak dan bergerak perlahan.

Kesesakan berlaku beberapa jam apabila berlaku kemalangan di beberapa lokasi seperti kawasan berdekatan Bukit Merah, Gurun untuk ke utara dan Pagoh serta Senai ke selatan.

PLUS mengangarkan lebih 2 juta pengguna di lebuh raya sepanjang musim perayaan Aidil Fitri.

Walaupun ada pengguna yang menjangkakan pulang berhari raya di waktu malam atau selepas tengah malam akan mengelakkan daripada mereka terperangkap dalam kesesakan, namun sangkaan itu meleset.

Pengguna jalan raya dan lebuh raya utama masih bersesak walaupun menjelang tengah malam sampai ke subuh.

Dijangkakan keadaan trafik akan kekal perlahan hingga ke petang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat di laman twitter Lembaga Lebuh raya Malaysia dan PLUStrafik untuk mengetahui status keadaan trafik dan jika ada sebarang berlaku kemalangan dan dapat mengatur kelancaran perjalanan anda.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans