Sumber Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, setakat 12 tengah hari ini, trafik dilaporkan sesak dari Kempas ke Pasir Gudang manakala kawasan lain di selatan lancar dan terkawal di kedua-dua belah utara dan selatan. Di bahagian Utara pula, trafik dilaporkan sesak dari Permatang Pauh menuju Sungai Dua.

 Lembaga Lebuhraya Malaysia – LLM berkata pertambahan kenderaan ke arah Pantai Timur menyebabkan aliran trafik sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak – KLK terutama dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar setakat ini.

Dapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.