Lee Chong Wei hidap kanser hidung – Channel W

Lee Chong Wei hidap kanser hidung

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini, berkata bekas pemain nombor satu dunia itu sedang menjalani rawatan di Taiwan.

“Sebagai maklum balas terhadap laporan mengenai Chong Wei, BAM mengesahkan pemain berkenaan didapati mengidap kanser hidung peringkat awal. Proses rawatannya berjalan lancar dan ketika ini sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya.

“Bagi pihak Chong Wei, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya. Sokongan anda akan memberi kekuatan kepada Chong Wei,” kata Norza.

Masalah kesihatan Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.

Mengulas lanjut, Norza meminta semua pihak untuk menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya dalam menghadapi situasi sukar ini.

“BAM sentiasa berhubung dengan Chong Wei dan kami akan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan kepada legenda badminton kita,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans