Lee Chong Wei pulang ke Malaysia 2 minggu lagi – Channel W

Lee Chong Wei pulang ke Malaysia 2 minggu lagi

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, akan kembali ke Malaysia dalam masa dua minggu lagi dan bakal beraksi sebulan kemudian jika keadaan kesihatannya mengizinkan.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai, berkata rawatan bagi masalah gangguan pernafasan dialami Chong Wei dijangka selesai minggu depan.

Chong Wei menjalani rawatan itu di Taiwan.

“Dalam masa dua minggu dia akan balik Malaysia, lepas itu akan ambil sebulan cuti.

“Kalau OK dia akan berlatih semula seperti biasa, bergantung kepada nasihat doktor,” katanya.

Jaguh badminton berusia 35 tahun itu menarik diri daripada kejohanan dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Indonesia ekoran masalah pernafasan yang dialaminya.

Sementara itu, Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei merupakan pemain yang konsisten.

Justeru katanya ketiadaan Chong Wei dalam skuad kebangsaan sedikit menjejaskan prestasi sukan badminton negara.

Katanya, untuk memiliki pemain seperti Chong Wei, BAM memerlukan jangka masa yang panjang dan pemain perlu diasah dari peringkat akar umbi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans