Lembu makan biskut, minum kopi – Channel W

Lembu makan biskut, minum kopi

Biskut dan air kopi menjadi makanan harian buat seekor lembu di Pokok Sena Kedah sejak setahun yang lalu.

Pemilik haiwan tersebut, Abdul Mutalib Chin berkata beliau sedar akan perkara itu apabila lembu tersebut yang diberi nama Tam masuk ke ruang tamu luar dan memakan biskut yang berada di atas meja semasa berusia 18 bulan.

Katanya lagi, Tam juga begitu menggemari roti canai yang diberikan sebanyak dua atau tiga kali seminggu.

“Sebelah pagi dia akan makan rumput seperti biasa di laman rumah dan pada sebelah petang Tam akan panggil kami di depan ruang tamu luar. Memang kami tahu dia mahu biskut dan air kopi,” katanya.

Abdul Mutalib berkata, lembu betina kacukan tempatan dan Bengali itu tidak pernah ditambat olehnya sejak lahir lagi.

Jelasnya, biarpun berat Tam kini dianggarkan 150 kilogram namun haiwan tersebut tidak agresif dan akan segera datang kepadanya apabila dipanggil.

“Tam lembu yang paling manja dan penuh kasih sayang pernah saya bela malah dia juga menyukai kanak-kanak apabila mahu bermain dengannya. Tapi yang lucunya walaupun berbadan besar, dia takut dengan seekor kucing belaan kami di rumah ini,” katanya.

Bekas pesara tentera itu berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjual lembunya itu kerana telah menganggapnya seperti ahli keluarganya sendiri.

Menurutnya, sebanyak 30 ekor lembu dibelanya setakat ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans