30 melecur dalam satu letupan kecil – Channel W

30 melecur dalam satu letupan kecil

LONDON – Satu letupan kecil berlaku di sebuah festival di utara London pada Rabu malam, mengakibatkan sehingga 30 orang cedera dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

Petugas kecemasan berkata, insiden itu berlaku pada majlis Lag BaOmer di Stamford Hill, dan kebanyakan mangsa mengalami kesan melecur di bahagian muka.

Seramai 10 mangsa dipercayai dimasukkan ke hospital manakala yang lain diberikan rawatan di tempat kejadian.

Menurut laporan The Yeshiva World, beberapa saksi memaklumkan, kejadian berlaku pada pukul 10 malam waktu tempatan 6 pagi waktu Malaysia, semasa seorang ketua agama sedang menyalakan unggun api.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada letupan berpunca daripada telefon bimbit atau minyak yang digunakan untuk menyalakan unggun api itu.

 

– Mail Online UK

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans