LHDN beri sumbangan kepada 5 sekolah Wangsa Maju – Channel W

LHDN beri sumbangan kepada 5 sekolah Wangsa Maju

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Cawangan Wangsa Maju dan Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPN WP Putrajaya) telah memberi sumbangan Alat Bantuan Mengajar (ABM) berupa peralatan teknologi maklumat kepada lima buah sekolah dalam Parlimen Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Lima buah sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju, Seksyen 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R1, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Air Panas, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati.

Majlis penyerahan sumbangan ABM tersebut telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr. Tan Yee Ke.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Negeri PPN Putrajaya, Datin Wan Azni Wan Hassan, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah LHDNM Cawangan Wangsa Maju Azizol Ahmad, dan wakil dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Wangsa Maju.

Menurut Tan Yee Kew, keprihatinan LHDNM sebagai sebuah agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan seumpama ini amat dipuji.

“Perihal kebajikan rakyat tidak boleh diserahkan semuanya kepada bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya setiap agensi dan penjawat awam hendaklah memainkan peranan masing-masing agar kemakmuran negara dapat dikongsikan bersama-sama. Melalui ABM ini, kerajaan percaya ia dapat memudahkan sekolah menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan dan membantu pelajar mencapai keputusan lebih baik dalam pelajaran serta mencipta masa hadapan yang lebih cemerlang,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans