Sebaliknya, LHDN dalam satu kenyataan memberitahu, perkhidmatan lelaki itu dengan agensi itu  telah ditamatkan berkuatkuasa 21 Mac 2014.

“Kekeliruan ini timbul berikutan lelaki tersebut masih memegang kad kuasa yang tidak lagi sah semasa tangkapan dibuat dan tidak memulangkan kad kuasa berkenaan.

Media semalam melaporkan, seorang polis bantuan antara sepuluh lelaki yang ditahan selepas terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM7.8 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pukul 7.40 pagi itu, polis telah merampas 156 kilogram (kg) syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina dan disembunyikan di dalam sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di tempat letak kenderaan Tesco Extra, Ampang, Kuala Lumpur.