LHDN perkenal program penyeteman melalui sistem Frangki Digital 2.0 – Channel W

LHDN perkenal program penyeteman melalui sistem Frangki Digital 2.0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melaksanakan proses baharu permohonan penyeteman melalui pengenalan Sistem Frangki Digital 2.0 (Digital Franking System 2.0 @ DFS 2.0) sebagai menggantikan
DFS 1.0 yang telah digunakan sejak tahun 2011.

Pengenalan proses baharu ini dilakukan seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan sebagai usaha
berterusan LHDNM menambahbaik penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan,
khususnya pembayar duti setem.

Melalui proses yang baharu ini, pembayar duti setem atau ejen tidak perlu lagi mengisi Borang PDS 1 secara manual, sebaliknya borang tersebut akan disediakan secara dalam talian dan boleh dilengkapkan oleh mereka dengan mudah.

Tiga kaedah akan disediakan bagi permohonan penyeteman melalui DFS 2.0 ini iaitu:

i. Aplikasi Komputer (Windows)
ii. Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)
iii. Kaunter Layan Diri di pejabat LHDNM

Bagi kaedah Aplikasi Komputer dan Aplikasi Mudah Alih, pembayar duti atau ejen dikehendaki memuat turun aplikasi tersebut terlebih dahulu sama ada melalui Play Store bagi Android atau Apple Store bagi iOS.

Proses baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di Kaunter Duti Setem LHDNM Pejabat Satelit Cyberjaya pada 29 Jun 2018 sebelum ia diperluaskan di Pejabat Setem LHDNM sekitar Lembah Klang mulai 30 Julai 2018 dan semua Pejabat Duti Setem LHDNM seluruh negara pada 30 Ogos 2018.

LHDN percaya DFS 2.0 yang berteknologi tinggi ini mampu mengelakkan kes pemalsuan duti setem, mengelakkan kesalahan ketika memasukkan data yang ditulis secara manual pada doket, memudahkan proses kemasukan data dilakukan serta semakan pengesahan ketulenan setem dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-800-88-5436 untuk keterangan lanjut.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans