LHDNM anjur larian sempena Hari Kebangsaan – Channel W

LHDNM anjur larian sempena Hari Kebangsaan

Sebagai tanda menyokong tema Sambutan Hari Kebangsaan 2018 iaitu Sayangi Malaysiaku, Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah diadakan pada malam 30 Ogos 2018 di Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat LHDNM disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pematuhan, Datuk Abdul Manap Dim sambil disaksikan oleh lebih seribu Hasilian dan ahli keluarga.

“Alhamdulillah, LHDNM juga telah menyambut baik hasrat murni dengan mengibarkan Jalur Gemilang di semua premis LHDNM seluruh negara.

“LHDNM sentisa memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang memerintah bagi merealisasikan segala agenda dan perancangan demi kepentingan rakyat.” ujar beliau sewaktu menyampaikan ucaptama.

Buat julung kalinya juga, majlis ini telah mengadakan Merdeka Hasil Nite Run dan Family Fun Run yang disertai oleh Hasilian seluruh negara.

Program ini melibatkan larian malam sejauh 5km untuk kategori individu dan 1km bagi kategori keluarga.

Ia telah berjaya menarik minat lebih 1500 orang peserta untuk turut sama memeriahkan sambutan yang diadakan di sekitar Cyberjaya.

Program sambutan ini juga turut diisi dengan Majlis Bacaan Yassin, Solat Berjemaah dan Doa Selamat sebagai tanda syukur dan doa terhadap kesejahteraan organisasi dan nikmat kemerdekaan yang dapat dirasai oleh rakyat Malaysia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans