PRU14: Lompat kawasan selamat, nepotisme bakal makan diri – Dr Mazlan – Channel W

PRU14: Lompat kawasan selamat, nepotisme bakal makan diri – Dr Mazlan

Isteri dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang memegang jawatan tertinggi dalam PKR mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi ‘selamat’ demi mengekalkan kedudukan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mereka adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melarikan diri dan bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Anaknya pula Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Wan Azizah sebelum ini.

Penukaran wakil rakyat mampu membuat pengundi rasa bosan dan memilih calon lain yang lebih ikhlas berkhidmat membantu rakyat dan menjuarai isu setempat.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali, Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia berpendapat ketika ini kesedaran pengundi lebih tinggi mahukan pemimpin yang berkualiti bukan hanya melihat parti.

“Pengundi kini sudah bijak, sudah jelak dengan isu nepotisme dan calon silih berganti hanya ahli keluarga dan jika khidmat yang diberikan tidak memuaskan, pengundi akan lari,” katanya.

Strategi kerajaan melakukan pesempadanan semula juga membuatkan, PKR goyah dan membuat percaaturan sedemikian.

“ Bagi saya Nurul Izzah asset besar bagi PKR, mereka perlu meletakkan belia dikerusi selamat, mungkin mereka lupa kini pengundi mahu calon wkil rakyat yang boleh berkhidmat dengan baik untuk rakyat,” katanya.

Walaupun sebelum ini Nurul Izzah pernah mengalahkan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, namun faktor pengundi melayu bertambah dan undi pos juga meningkat selepas pesempadanan membuatkan Nurul lari ke Permatang Pauh. Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di DUN N25 Kajang dan kini digantikan oleh Hee Loy Sien mungkin bimbang kedudukannya tergugat apabila beliau jarang sekali turun ke kawasan Kajang bagi bertemu dengan rakyat dan membantu menyelesaikan masalah penduduk di DUN tersebut.

Sebaliknya Wan Azizah mengambil jalan ‘mudah’ dengan memilih kerusi P100 Pandan yang ditinggalkan Rafizi Ramli.

Manakala Nurul Izzah pula lari meninggalkan kerusi Lembah Pantai dan memilih untuk bertanding di Permatang Pauh.

Lebih-lebih lagi sepanjang lima tahun memegang Lembah Pantai semua gerak kerja di kawasan tersebut hanya dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga calon bagi parlimen tersebut PRU14.

Bagi Dr Mazlan permainan lempar-melempar calon PKR atau lompat-melompat kawasan ini akan memakan diri,” tegasnya.

Untuk rekod Nurul Izzah mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai selepas mendapat 18,922 undi mengalahkan calon BN, Raja Nong Chik yang mendapat 14,940 undi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans