LRT3 diteruskan, kos dikurangkan 47 peratus – Channel W

LRT3 diteruskan, kos dikurangkan 47 peratus

Kabinet bersetuju projek Transit Aliran Ringan 3-LRT3 diteruskan dengan kos yang lebih rendah berbanding kos asal.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pengurangan kos itu adalah sebanyak 47 peratus daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion sahaja.

Tambah beliau ia mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak RM15.02 bilion tetapi tidak terhad kepada kos Pakej Kontrak Kerja-WPC, pengambilan tanah, pengurusan projek, fi perundingan, kos operasi, kos overhead, faedah pinjaman semasa pembinaan -IDC dan kos lain yang berkaitan.

“Penjimatan bernilai RM15 bilion bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah ia juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

“Pengurangan kos sebanyak 47 peratus ini membuktikan kemampuan kerajaan dalam usaha mendapatkan penjimatan kos yang begitu signifikan bagi projek yang harga asalnya melambung tinggi akibat kelemahan tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, proses perundingan semula yang menyeluruh dan pelan rasionalisasi pelaksanaan projek LRT3 sudah diadakan dengan semua pihak yang terbabit termasuk Prasarana Malaysia,MRCB-George Kent -MRCB-GK JV, iaitu Rakan Pelaksana Projek -PDP dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat -SPAD.

“Satu aspek kritikal dalam pengkajian semula projek ini adalah integrasi jajaran LRT3 sepanjang 37km dari Johan Setia-Klang ke Bandar Utama-Petaling Jaya perlulah dikekalkan.

“Di samping itu, isu keselamatan, kekerapan jadual perjalanan dan kualiti perkhidmatan mestilah memenuhi segala syarat keperluan pengawal selia,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans