Mahdzir Arah Siasatan Penuh Insiden Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau – Channel W

Mahdzir Arah Siasatan Penuh Insiden Pelajar Maut Terkena Bilah Pisau

ALOR SETAR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan siasatan penuh berhubung insiden seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman di Gemas, Negeri Sembilan, yang maut terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu pagi tadi.

Katanya, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana sewaktu kejadian, sekolah berkenaan sedang mengadakan raptai hari sukan.

“Saya dah minta satu siasatan penuh bagaimana kejadian ini boleh berlaku sewaktu raptai hari sukan sekolah, biarlah siasatan penuh antara sekolah dan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Mahdzir berkata, pihak sekolah mahupun kontraktor pembersihan sepatutnya peka dan melihat dari aspek keselamatan sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan traktor mesin rumput di padang sekolah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak, berkata dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, mati di lokasi, dipercayai selepas terkena bilah yang melayang.

Beliau berkata, dua pelajar cedera ringan adalah Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

Difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

Jelas beliau, pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans