Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Selesaikan 314 Kes Sejak Ditubuhkan – Channel W

Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Selesaikan 314 Kes Sejak Ditubuhkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 382 kes kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak sejak ia ditubuhkan pada Jun tahun lalu hingga Februari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebahagian besar atau 314 kes telah diselesaikan dengan hanya 68 kes yang masih tertunggak.

“Jumlah ini menunjukkan bahawa kes-kes tersebut telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada satu tahun,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu jumlah kes yang telah diselesaikan dan sedang berlangsung di Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak sejak ia mula beroperasi.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans