Peguam cara mewakili kerajaan Malaysia dan Kumpulan Syarikat 1MDB, Tan Rajah & Cheah dalam satu kenyataan memaklumkan, wang yang dikembalikan membabitkan pelbagai mata wang bernilai kira-kira S$15.3 juta (RM46 juta).

Wang berkenaan akan  dipindahkan ke sebuah akaun perolehan khas 1MDB di ibu negara.

“Usaha untuk mengesan aset-aset lain yang diselewengkan juga sedang dilaksanakan,” jelas kenyataan itu pada Isnin.