PRU14: Mahkamah Tolak Permohonan 16 Bekas Ahli UMNO – Channel W

PRU14: Mahkamah Tolak Permohonan 16 Bekas Ahli UMNO

Mahkamah Tinggi menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan parti itu tidak sah kerana melanggar perlembagaan berikutan gagal mengadakan pemilihan sebanyak dua kali.

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan perkara itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan individu terbabit.

Terdahulu, seramai 16 orang ahli UMNO telah memulakan satu kes sivil untuk menuntut agar Mahkamah membenarkan semakan sivil dibuat, bagi mengarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan UMNO.

Mereka menamakan RoS dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh dalam kapasiti sebagai pegawai awam dalam parti, sebagai responden pertama dan kedua.

Peguam yang memfailkan kes ini ialah peguam Tun Dr Mahathir, iaitu Hanif Katri.

Dalam permohonan kebenaran itu, pemohon memohon beberapa perintah perisytiharan berhubung kedudukan dan status UMNO berikutan parti itu didakwa melanggar perlembagaan parti.

Ini kerana pemilihan bagi semua peringkat iaitu Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditunda sebanyak dua kali iaitu melebih tempoh maksimum 18 bulan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Berikutan itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan 16 anggota UMNO tersebut telah dipecat serta merta.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans