Perdana Menteri, Tun Dr. Ma­hathir Mohamad berkata, da­lam masa sama beliau mahu men­ge­­kalkan hubungan baik dengan China dan mengalu-alukan se­ba­rang bentuk pelaburan yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

“Kami tidak rasa kami memer­lukan dua projek berkenaan. Ka­mi tidak fikir ia berdaya maju. Jadi, jika boleh kami berhasrat me­lepaskan projek berkenaan.

“Sekiranya pembatalan projek tidak boleh dilakukan, Malaysia perlu sekurang-kurangnya me­nundanya sehingga ke suatu masa ‘di mana mungkin keperluannya meningkat’,” katanya dalam temu bual bersama The Associated Press (AP), Selasa.

Kementerian Kewangan sebe­lum ini mengeluarkan Notis/Arahan Penggantungan Kerja dan Perkhidmatan bagi tiga projek berbilion ringgit iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, notis berkenaan di­keluarkan melalui Menteri Kewa­ngan Diperbadankan (MKD) pada 3 Julai 2018 kepada China Petro­leum Pipeline Bureau (CPPB) yang me­nguruskan projek MPP dan TSGP serta China Communications Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama ECRL.