Malaysia Tarik diri Sukan Asia ? – Channel W

Malaysia Tarik diri Sukan Asia ?

Menteri Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan exco-exco sukan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai keputusan jurulatih skuad bola sepak bawah 23 pasukan Malaysia, dibawah seliaan Datuk Ong Kim Swee bagi mengambil keputusan tindakan drastik menarik diri daripada Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Perbincangan itu, menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman amat penting sebelum mengambil keputusan tepat diambil bagi menangani isu tersebut.

Walau bagaimanapun, menteri termuda itu menyatakan bila perbincangan tersebut akan diadakan.

Semalam, media melaporkan kesukaran mengumpulkan pemain bagi menghadapi Sukan Asia 2018.  Ia mungkin menyebabkan  jurulatih skuad bola itu, Datuk Ong Kim Swee, menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang itu.

Kata Kim Swee, beliau tidak punya pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras enggan melepaskan pemain mereka memandangkan Sukan Asia yang berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September bertembung dengan Piala Malaysia.

Syed Saddiq juga bercadang untuk bertemu Kin Swee bagi membincangkan isu berkenaan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans