Malaysia Tidak Akan Tambat Ringgit – Najib – Channel W

Malaysia Tidak Akan Tambat Ringgit – Najib

Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia akan menjejaskan ekonomi dan kemakmuran rakyat,

Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah menegaskan bahawa kita tidak akan mengulangi langkah itu, dengan meyakini bahawa meskipun akan ada turun naik dalam tempoh jangka pendek, namun bagi jangka masa panjang paras ringgit akan mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia,”

 

Menurut beliau, langkah menambat ringgit berbanding dolar AS yang dilaksanakan Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia 1997/98 telah diambil terlalu lama.

“Para pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap kita dan kita mengambil masa yang lama untuk memenangi semula hati mereka. Ia amat merugikan negara,”

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, ini merupakan antara isu-isu lepas yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan dan fokus sekarang tertumpu ke arah masa depan Malaysia.

“Kita sedar ia bergantung kepada prasarana modal insan kita, persediaan kita bagi revolusi perindustrian keempat, penguasaan ekonomi digital, kefasihan dalam bahasa, termasuk Bahasa Inggeris dan pelaburan kita dalam prasarana seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan sebagainya,”

Perdana Menteri berkata kekukuhan transformasi ekonomi Malaysia terbukti dalam ekonomi baharu yang dibangunkan negara, dengan ringgit meningkat 10.4 peratus berbanding dolar AS tahun lepas.

Perdana Menteri berucap semasa melancarkan Invest Malaysia 2018, hari ini.

Foto – Twitter @PMOMalaysia

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang katanya mempunyai tanggapan menambat semula ringgit akan menjadi satu langkah yang mudah dan membantu.

Pada 5 Jan, 2018, ringgit ditutup di paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, melepasi paras psikologi 4.0.

Peningkatan ini disokong sebahagiannya daripada pemulihan harga minyak mentah dunia, tetapi ia juga menunjukkan sentimen positif dalam kalangan pelabur dan pengiktirafan terhadap asas ekonomi dan kewangan Malaysia yang amat baik.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans