Malaysia Usaha Perjelas Minyak Sawit Kepada EU – Mah – Channel W

Malaysia Usaha Perjelas Minyak Sawit Kepada EU – Mah

Malaysia akan meningkatkan usahanya untuk memberi penjelasan mengenai industri minyak sawit kepada para menteri di Eropah, selain Suruhanjaya Eropah (EU) sebelum blok itu membuat keputusan muktamad mengenai pengharaman komoditi berkenaan dalam bio bahan api mulai 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sebelum larangan itu sah sebagai undang-undang, ia perlu melepasi dua lapiran proses iaitu kelulusan majlis EU atau majlis menteri selain EU.

“Kami akan membuat penjelasan menerusi 16 kedutaan Malaysia di Eropah selain menghubungi pejabat-pejabat anggota EU di sini bagi memastikan semua fakta, maklumat tepat mengenai minyak sawit selain bantahan kita terhadap larangan itu, dimaklumkan kepada mereka,” katanya pada sidang media di sini selepas merasmikan Seminar Kajian Semula dan Unjuran Ekonomi Minyak Sawit, hari ini.

Beliau menyifatkan keputusan Parlimen EU malam tadi mengenai pengharaman penggunaan minyak sawit dalam bio bahan api sebagai ?hari hitam’ ke atas amalan perdagangan bebas kerana ia mendiskriminasi minyak sawit.

“Ini bukan mengenai isu kemampanan, sebaliknya lebih kepada diskriminasi terhadap minyak sawit, macam mana mereka menyalahkan minyak sawit atas segala-galanya? Ini bukan mengenai penebangan hutan dan apa sekali pun, namun lebih kepada dasar perlindungan terhadap petani Eropah.

“Layanan sama adil wajar diberikan ke atas minyak sayuran lain yang digunakan dalam campuran bio bahan api di Eropah, seperti grapeseed. sebaliknya, Parlimen EU sentiasa bersikap anti-sawit,” katanya.

Walaupun kecewa dengan perkembangan terkini itu, Mah berkata Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit lain akan meningkatkan usaha untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perladangan kelapa sawit, memandangkan penurunan jumlah undi ke atas pengharaman oleh Ahli Parlimen Eropah (MEP) semalam membuktikan usaha berterusan yang dilakukan oleh negara pengeluar semakin menunjukkan kejayaan.

Pada April 2017, 640 MEP mengundi untuk mengrahamkan penggunaan minyak kelapa sawit dalam bio bahan api, namun pada mesyuarat parlimen semalam, jumlah pengundi yang menyetujui larangan itu berkurang kepada 429 MEP.

Mah berkata satu pertiga, atau kira-kira 600,000 tan daripada dua juta tan minyak sawit dan produk sawit yang dieksport ke EU digunakan untuk bio bahan api, dengan EU mengimport 215,000 tan biodiesel secara langsung dari Malaysia.

“Permintaan keseluruhan EU ke atas biodiesel berasaskan minyak sawit berjumlah 2.8 juta tan, dengan Malaysia membekalkan 800,000 tan metrik dan baki dua juta tan lagi dari Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans