PRU14: Mandat kaum cina untuk BN demi kebaikkan mereka di Titiwangsa – Channel W

PRU14: Mandat kaum cina untuk BN demi kebaikkan mereka di Titiwangsa

Meskipun kalah 2000 undi di kawasan Taman Maluri, Cheras pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) namun calon BN Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin pengundi Cina akan mampu menilai servis yang diberikan sejak lima tahun lalu.

Katanya, beliau tidak pernah menyesal dengan jumlah undian yang sedikit pada ketika itu kerana beliau sehingga hari ini masih memberi servis yang sama seperti di kawasan lain juga.

Menurut Johari lagi, setelah apa yang PH janjikan tidak mampu untuk dilaksanakan, jadi pengundi Cina harus memikirkan yang terbaik dengan memberi mandat kepada BN supaya beberapa penambahbaikan dapat dibuat di Taman Maluri khususnya.

“Secara dasar Taman Maluri ini 75 peratus daripadanya adalah kawasan DAP, tapi saya tetap turun daripada dulu sampailah sekarang. Jadi ada beberapa masalah utama yang kita telah kenalpasti daripada dulu yang harus diperbetulkan.

“Antaranya sistem parkir yang terhad kerana jumlah penduduk di sini tidak ramai seperti hari ini, jadi saya telah berbincang dengan DBKL supaya tidak menyaman mereka pada jam waktu puncak bila orang ramai datang makan.ini bagi menggalakkan mereka terus berniaga di sini dan kita akan terus menyokong mereka berniaga sehingga bila-bila di kawasan ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan walkabout di sekitar premis perniagaan Taman Maluri yang 75 peratus daripadanya adalah kawasan DAP.

Mengulas lanjut Johari berkata yang perubahan politik akan berlaku hari ini dimana pengundi Cina mula merasakan yang mereka inginkan kerajaan membuat sesuatu yang lebih untuk mereka di kawasan tersebut.

“Dari kaca mata saya mereka masih nak banyak lagi kerajaan buat, mereka merasakan apa yang kerajaan dah lakukan ni masih tak cukup. Sebab selama ini mereka terpengaruh dengan janji PH.jadi dalam hal ini kita perlu membuat banyak penerangan kepada mereka dalam banyak isu.

“Contohnya BR1M, dulu DAP dan pembangkang sendiri tidak terima pemberian BR1M tapi sekarang mereka dah terima sebab kita khususkan kepada orang yang layak menerima untuk menerima bantuan tersebut. Bukan kepada orang kaya. Begitu juga dengan cukai GST.kita harus beri penerangan kepada mereka tentang cukai yang kita lakukan sekarang,  ujarnya lagi.

Tentang kritikan yang dibuat terhadap dirinya, Johari  menjelaskan ia harus diterima dengan cara yang professional dan penambahbaikan harus dibuat bagi membaiki kelamahan yang ada pada dirinya sendiri.

“Kalau tak boleh terima kritikan, jangan jadi ahli politik. Sebab kritikan yang saya terima bukan sahaja dari cina, malah Melayu dan India juga,”jelasnya dalam keadaan yang bersahaja.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans