Mangsa Banjir Di Kuala Selangor Meningkat – Channel W

Mangsa Banjir Di Kuala Selangor Meningkat

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di dua kampung di Kuala Selangor meningkat kepada 117 orang pada 12 tengah hari ini, daripada 91 penduduk semalam.

Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata kesemua mangsa dari Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman itu dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Desa Coalfield setelah kediaman mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak Isnin malam.

“Antaranya mangsa yang ditempatkan di dewan itu ialah 18 warga emas, tiga bayi, dan seorang orang kelainan upaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penduduk di sekitar daerah dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah persediaan dengan segera untuk berpindah ke tempat selamat sekiranya kawasan kediaman mereka dinaiki air.

– BERNAMA 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans