Mangsa Korban Gempa Bumi di Taiwan Meningkat – Channel W

Mangsa Korban Gempa Bumi di Taiwan Meningkat

HUALIEN: Gempa bumi kuat yang berlaku di Taiwan telah menyebabkan 10 orang maut, 265 cedera manakala 58 lagi masih hilang.

Gegaran kuat yang berlaku di bandar Hualien berukuran 6.4 skala Richter pada Selasa telah mengakibatkan beberapa bangunan tumbang manakala satu lagi gempa bumi baru pada lewat Rabu (waktu tempatan), berukuran 5.7 magnitud.

Menurut kenyataan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu terjadi pada kedudukan 21km timur laut bandaraya itu pada kedalaman 11km.

Terdahulu, media melaporkan empat terkorban manakala 225 cedera dalam kejadian bangunan runtuh akibat gempa bumi di bandar itu.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi itu telah mengakibatkan kawasan sejauh 22km terjejas termasuk hospital ketenteraan.

Selain beberapa bangunan runtuh, laporan sebelum ini mendakwa 150 mangsa dikhuatiri masih hilang.

Mangsa yang hilang dipercayai masih tersekat di dalam bangunan 12 tingkat yang condong 45 darjah akibat gempa bumi kuat itu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans