PRU14: Mantapkan perkhidmatan kesihatan agenda utama BN Perak – Channel W

PRU14: Mantapkan perkhidmatan kesihatan agenda utama BN Perak

Memantapkan perkhidmatan kesihatan akan menjadi keutamaan bagi Kerajaan BN negeri Perak  itu antara Manifesto BN Perak menjelang PRU14 ini.

Ketegasan itu disuarakan Pengerusi  BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya lagi, usaha itu bukan mudah dan ia memerlukan kerjasama kerajaan pusat untuk menjayakannya bagi memastikan perkhidmatan itu tercapai untuk rakyat.

“ Kos Hosptal Parit Buntar, RM60 juta, ada pula yang menyebar fitnah, sedikit kelewatan pembinaan hospital berkenaan sedangkan banyak kajian perlu dilakukan terlebih dahulu seperti ujian kestabilan tanah, kesesuaian persekitaran sebelum pembinaan dilakukan,”  terangnya.

Bagaimanapun apabila selesai dalam waktu terdekat ini, penduduk Parit Buntar boleh menggunakan hospital berkenaan dan tidak perlu mendapatkan rawatan yang bagus di Ipoh atau ke negeri lain.

Beliau berkata demikian di majlis sidang media majlis pecah tanah  Klinik Kesihatan Manjoi.

Turut hadir dimajlis itu, calon BN bagi kerusi  DUN Manjoi , Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans