PRU14: Masih sunyi kempen Wan Azizah di Pandan – Channel W

PRU14: Masih sunyi kempen Wan Azizah di Pandan

Masuk hari keempat berkempen, calon PKR Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  masih belum memulakan aktiviti berkempen di parlimen itu.

Sepanjang tinjauan Channel W melalui jadual programnya, beliau dilihat lebih sibuk menjalani lawatan di tempat lain, namun bukan di Parlimen Pandan.

Mungkin merasakan yang kerusi tersebut adalah selamat berikutan dahulu ia dipegang oleh anak buahnya iaitu Rafizi Ramli, Wan Azizah nampaknya lebih menjakankan tugas sebagai Ketua Pembangkang untuk melawat kawasan lain berbanding mementingkan rakyat di parlimen Pandan.

Apa tidaknya, ia bukan perkara pelik kerana di Parlimen Permatang Pauh yang dipegang dulu pun tidak dijalankan sebarang pembangunan, begitu juga di DUN Kajang yang memang mengabaikan rakyat di sana apabila berlakunya banjir seuatu ketika dahulu.

Jika diingat kembali tentang kejadian itu,rakyat di Kajang pasti tidak akan melupakannya. Jadi adakah perkara sama yang akan terjadi di Parlimen Pandan?

Secara dasar apabila melihat pola penduduk di parlimen yang bakal beliau tandingi itu, 60 peratus daripadanya adalah berbangsa Cina.

Maka ia sekaligus kononnya memberi kelebihan kepada Wan Azizah kerana bangsa tersebut memang menolak pemenrintahan hari ini dan akan berpaling pada PH untuk mentadbir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Namun mungkin beliau lupa yang Pandan akan menghadapi pertembungan yang paling banyak jumlahnya iaitu lima orang, terdiri daripada BN, PRM, PAS, BEBAS dan PKR sendiri.

Daripada lima calon tersebut, dua daripadanya adalah berbangsa Cina iaitu Leong Kok Wee daripada BN dan Jenice Lee daripada PRM sekaligus undian 60 peratus Cina itu akan berpecah tiga termasuk kepada PKR.

Sementara PAS diwakili Sukri Omar dan dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mewakili BEBAS turut akan memainkan peranan dalam memecahkan undi di kalangan Melayu untuk kedua-dua parti ini serta PKR sendiri.

Jadi dalam pertembungan lima penjuru ini adakah Wan Azizah masih yakin yang beliau mampu menang menggunakan pengaruh Rafizi serta simpati tentang apa yang berlaku terhadap suaminya iaitu Anwar Ibrahin?

Atau cukup sekadar menampal poster dan banner gambar Wan Azizah di banyak kawasan sudah memadai untuk mewakili dirinya tanpa turun bertemu dengan rakyat di Pandan?

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans