Matheus Alves Tinggalkan Skuad Tok Gajah – Channel W

Matheus Alves Tinggalkan Skuad Tok Gajah

Pemain kelahiran Brazil, Matheus Alves mengesahkan meninggalkan skuad Pahang, sekali gus menolak andaian khidmatnya dapat disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain berumur 24 tahun itu berkata, dia akan mewakili sebuah kelab Korea Selatan selepas hanya semusim bersama skuad Tok Gajah musim lalu.

Justeru, dia berterima kasih kepada pengurusan Persatuan Bolasepak negeri Pahang (PBNP) yang selama ini memberikan sokongan kepadanya.

Foto – Facebook Pahang FA

 

“Selamat tinggal Pahang dan terima kasih kepada pasukan, rakan sepasukan, pengurus dan jurulatih dan peminat Pahang.

“Ia adalah musim luar biasa dalam hidup saya termasuk keluarga saya sangat gembira sepanjang berada di sini (Pahang).

“Oleh itu, saya harap suatu hari nanti dapat kembali ke Pahang kerana bangga menjadi sebahagian daripada sejarah skuad Tok Gajah.

“Pencapaian bersama Pahang musim ini memberi motivasi untuk mencapai keputusan terbaik bersama pasukan baharu,” katanya menerusi Instagram.

Musim ini, Alves membuktikan sentuhan berbisa apabila muncul penjaring kedua terbanyak dengan menjaringkan 18 gol dalam saingan Liga Super.

Alves yang pernah menyarung jersi Gangwon FC, Korea Selatan pada 2016 dikatakan kembali ke negara berkenaan apabila menyertai Suwon FC.

Namun, ketiadaan Alves yang menjadi peledak utama Pahang musim lalu diyakini dapat diimbangi dengan kehadiran penyerang sensasi Kemboja, Chan Vathanaka.

Pada masa sama, Vathanaka akan bergandingan dengan penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha.

Foto – Facebook Pahang FA

Sebelum ini, Pahang dikatakan terlepas peluang untuk terus mengikat Alves disebabkan beberapa masalah teknikal membabitkan kontrak.

Biarpun penyerang itu hanya mengikat kontrak bersama Pahang dalam tempoh semusim, prestasi membanggakan menyebabkan pasukan itu mahu memastikan Alves kekal.

Namun, beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan mendorong pemain itu beralih ke kelab luar untuk meneruskan kerjaya selaku pemain profesional.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans