Maut Dihempap Kerusi: Kesedaran Sivik Masyarakat Masih Lemah – Channel W

Maut Dihempap Kerusi: Kesedaran Sivik Masyarakat Masih Lemah

Seluruh  negara bersimpati dengan kes remaja maut dihempap kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur pada isnin lalu. Menurut kenyataan penduduk setempat, ini bukan kali pertama tabiat membuang sampah dari tingkat atas bangunan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua orang lebih beradab dalam kehidupan bermasyarakat dan kejadian serupa juga bukan sahaja berlaku ke atas pangsapuri malah ia juga berlaku di kediaman kediaman mewah sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum ini banyak kempen kesedaran dilakukan bagi mendidik masyarakat membuang sampah dengan cara betul termasuk di kawasan rumah bertingkat atau flat.

Malah media elektronik dan media cetak tidak kurang memainkan peranannya memaparkan kesan buruk terhadap mereka yang tidak menggunakan akal yang waras dalam kes ini.

Adakah sikap ini disebabkan tahap pemikiran masyarakat kita masih lagi rendah atau sememangnya itulah kegidupan dirumah flat?

Tidak dinafikan segelintir masyarakat bertindak tanpa memikirkan keselamatan orang lain disebabkan sikap kurang bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan dalam kalangan masyarakat yang boleh dianggap maju dan bertamadun masih wujud sikap tidak mampu memikirkan kesan buruk terhadap orang lain.

Mencampakkan sampah sesuka hati terutama dari tempat tinggi bukan sahaja mencemarkan kawasan tetapi mengancam keselamatan orang lain.

Kesannya bukan sahaja terhadap kecederaan tetapi juga kematian.

Amat malang, niat membuang sampah walaupun berniat baik, kaedahnya tidak betul sehingga boleh bertukar menjadi kes bunuh.

Apa yang berlaku pada 16 Januari lalu merupakan titik hitam kepada keluarga mendiang S Sathiwaran apabila remaja lelaki berusia 15 tahun itu maut selepas ditimpa sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, S Sathiwaran yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan sedang berjalan bersama ibunya S Kasthurivai, 45, untuk balik ke rumah mereka di tingkat 16 blok terbabit.

 

Sumber memberitahu dua beranak terbabit sebelum itu pergi ke kedai runcit yang terletak di bawah PPR itu dan sebaik saja mereka menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, sebuah kerusi pejabat berwarna biru melayang dari atas dan terkena kepala mangsa.

Akibat hentaman kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun ibu mangsa terselamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat atau akibat kecuaian.

Difahamkan, pihak polis belum dapat mengenal pasti suspek yang membaling kerusi dan siasatan diteruskan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan sehari selepas kejadian itu berkata, pihaknya akan menyita rumah penduduk projek perumahan rakyat (PPR) jika terdapat bukti mereka membuang sampah atau sebarang objek daripada tingkat atas ekoran kejadian yang berlaku.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata hal seumpama itu bukan pertama kali berlaku di PPR kerana sebelum ini, DBKL mengeluarkan notis kepada seluruh penduduk PPR sekitar Kuala Lumpur berhubung perkara berkenaan.

Susulan kejadian itu, Wan Mohammad berkata DBKL juga akan memasang jaring keselamatan di setiap blok PPR bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka membaling barang dari tingkat atas.

Beliau berkata tindakan itu akan diambil secepat mungkin dengan memberi tumpuan kepada PPR yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ terlebih dahulu sebelum memperluaskannya di PPR sekitar Kuala Lumpur.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans