Mayat atas katil tengah jalan – Channel W

Mayat atas katil tengah jalan

Mayat seorang lelaki yang dipercayai maut akibat ditembak ditemui terikat di atas sebuah katil yang ditinggalkan di tengah jalan di Arab Saudi.

Menurut kenyataan polis, mayat lelaki berkenaan ditemui di tengah jalan Wadi Al-Talee di bandar Abha yang terletak dalam wilayah Aseer.

Mayat mangsa yang terikat dan dibungkus dengan selimut itu dikatakan telah ditembak menggunakan mesingan.

Bagaimanapun, pihak polis Arab Saudi masih belum pasti sama ada lelaki berkenaan dibunuh di atas katil atau diletakkan di situ setelah ditembak.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang dipercayai imigran dalam lingkungan usia 30-an.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans