MB Perak akan hantar senarai EXCO minggu depan – Channel W

MB Perak akan hantar senarai EXCO minggu depan

Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu akan menghantar senarai Exco Perak kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam waktu terdekat.

Menurut Ahmad Faizal, beliau menjangkakan akan menghantar senarai itu seawalnya minggu hadapan.

Semalam, Ahmad Faizal  mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak kerajaan Pakatan Harapan di Istana Uskandariah.

Dalam PRU-14, Ahmad Faisal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choy Sin Heng dan calon Pas, Nordin Hassan dengan majoriti 4,767 undi.

Beliau juga menang Parlimen Tambun mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN) dan Muhamad Zulkifli Mohamed Zakaria (PAS) dengan majoriti 5,320 undi

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans