MB Perlis jangan jadi boneka – Titah Raja Perlis – Channel W

MB Perlis jangan jadi boneka – Titah Raja Perlis

Tindakan 9 wakil rakyat ADUN Barisan Nasional memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar bagi negeri Perlis mendatangkan kemurkaan Raja Perlis.

Dalam titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, seharusnya kerajaan yang telah dipilih rakyat mengambil kira faktor keperluan negeri dan rakyat bukan bersifat peribadi.

“Lafaz ketika angkat sumpah jelas menyatakan tanggungjawab seorang menteri besar.

“Kalau adik jadi menteri besar, tentu akan beritahu abang sesuatu dan dalam hal ini terus terang saya tidak mahu campur tangan kuasa luar untuk kawal negeri ini.

“Sepatutnya Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim) bertanding kerusi negeri (jika mahu jadi menteri besar) tetapi dia tidak bertanding di negeri,” titah baginda lagi.

Sebelum ini, Shahidan menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim yang juga Adun Tambun Tulang dilantik sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Raja Perlis  memilih dan meminta rakyat  menerima Adun Bintong, Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

 

Azlan telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis untuk penggal kedua di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

BN menang 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14, 9 Mei lalu.

Azlan berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver.

Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat (AS) pada 1999.

Pada 2011, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Biro Pengaduan Awan.

Azlan meninggalkan perkhidmatan awam pada 2013 dan kembali ke negeri kelahirannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Semalam, Presiden UMNO dan Timbalannya bertemu Raja Perlis untuk menyelesaikan kemelut itu.

Pertemuan itu menghasilkan keputusan Azlan Man dipilih sebagai Menteri Besar Perlis.

Bagaimanapun, Shahidan dalam satu sidang media diibu negara mengumumkan beliau memecat Azlan Man daripada BN.

Ia menjadikan kemelut politik BN Perlis belum selesai.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans