MCA Gesa Kaum Komuniti Cina Terus Beri Kepercayaan Kepada BN – Channel W

MCA Gesa Kaum Komuniti Cina Terus Beri Kepercayaan Kepada BN

KUALA LUMPUR – Komuniti Cina perlu mengubah pemikiran kritikal mereka demi kepentingan kaum itu dan semua kaum di negara ini dengan terus memberi kepercayaan kepada parti Barisan Nasional (BN).

Presdien MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, komuniti Cina wajib memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya ke 14 ini untuk memastikan kepentingan semua kaum dapat dirasai secara inklusif.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Manifesto MCA untuk PRU 14 di Wisma MCA di ibu negara.

Katanya  BN sentiasa menjaga kepentingan semua kaum secara adil dan kebajikan setiap etnik negara ini sentiasa dibela dengan konsep kepelbagaian sejak dahulu lagi.

“Kesetiaan  masyarakat Cina perlu konsisten bersama MCA malah  parti itu telah sejak dahulu lagi  berjaya membela mereka selama ini sekaligus  meneruskan pembelaan hak mereka,” katanya, Ahad.

Bagaimanapun, masyarakat Cina tahu dan tidak boleh menafikan yang MCA berjaya membela komuniti yang diwakilinya itu di bawah BN sejak merdeka dan sokongan itu perlu diteruskan untuk meneruskan tradisi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans