Hilman baginya orang luar kawasan Gombak dan  langsung tidak tahu permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di situ terutama di DUN Gombak Setia.

Majlis Ramah Mesra dapat mendekati rakyat dan permasalahan rakyat menjadi rutin Datuk Megat sebelum dicalonkan lagi.

Datuk Megat yang menjadi calon BN di situ berkata, perkara itu jelas menunjukkan calon luar berkenaan bertanding tidak lebih untuk mendapatkan kerusi DUN tersebut dan bukannya untuk berkhidmat kepada penduduk.

” Bak kata PM, tak ikhlas, hanya mahu jawatan,” katanya lagi.

Baginya Hilman tidka tahu mengenai permasalahan yang dihadapi rakyat di sana.

“Balik dulu, belajar masalah Gombak itu apa. Masalah di sini adalah penyelenggaraan, rumah rakyat kampung tradisonal yang geran tanahnya bertindih. Hafal dahulu Jalan Gombak, Taman Industri Bolton, Taman Gombak Indah dan Pangsapuri Mesra dekat mana, baharu datang berkhidmat untuk rakyak sini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Pangsapuri Seri Laman, Gombak.

Beliau menyeru supaya rakyat memilih calon yang ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat dan mempunyai kredibiliti yang baik.