Minali Catat Kemenangan Peringkat Kali Kedua LTdL 2018 – Channel W

Minali Catat Kemenangan Peringkat Kali Kedua LTdL 2018

PEKAN – Pelumba Astana pro Team, Riccardo Minali merangkul kemenangan peringkat kali kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL) selepas mengungguli peringkat keempat dari Dungun ke Pekan, Pahang, sejauh 183.8 kilometer hari ini.

Pelumba Itali, yang memangi peringkat kedua, kelmarin, berjaya melepasi saingan sengit daripada kelompok utama untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 4 jam 10 minit 14 saat dikuti rakan senegara, Andrea Guardini daripada pasukan Bardiani CSF.

Pelumba pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh melakukan kejutan apabila menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan 121 pelumba yang bersaing dengan catatan masa sama dengan Minali dan Guardini.

Kejayaan Minali itu membolehkan beliau merampas jersi hijau selaku Raja Pecut dengan mengumpul 38 mata yang sebelum ini dipakai pelumba Korea Selatan, Kim Dae-yeon daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans