Minum arak 19 maut 14 kritikal – Channel W

Minum arak 19 maut 14 kritikal

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 19 individu sekitar Lembah Klang, maut selepas minum arak yang mengandungi metanol, manakala 14 orang kritikal dan sembilan lagi dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga jam 5 petang tadi, KKM menerima sebanyak 51 notifikasi kes keracunan di mana sebanyak 45 kes dilaporkan di Selangor, manakala enam kes dilaporkan di ibu negara.

Katanya, tiga kes membabitkan rakyat tempatan manakala selebihnya iaitu seramai 51 lagi membabitkan warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

“KKM menjangkakan jumlah pesakit akan meningkat berikutan terdapat ramai pesakit datang bagi mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol berkenaan.

“Kesemua mereka mempunyai sejarah pengambilan cecair beralkohol yang mengandungi bahan beracun berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kesemua mereka menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

Katanya, gejala atau tanda awal itu akan dialami dalam tempoh satu atau dua hari selepas mengambil minuman berkenaan.

“Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terbabit mendapati kesemua pesakit membeli minuman sebatian keras di premis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Laporan polis sudah dibuat KKM bagi mengenal pasti pengedar serta pengilang minuman itu termasuk mengenal pasti punca keracunan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 serta yang tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya.

Menurut Noor Hisham, mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, KKM menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol serta mendatangkan masalah kesihatan seperti gejala sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan dan kekejangan kerana boleh boleh mengakibatkan maut.

“KKM akan terus bekerjasama dengan polis serta agensi terbabit bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi kejadian keracunan itu. Situasi terkini kejadian akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans