Minyak wangi perangkap harimau – Channel W

Minyak wangi perangkap harimau

Renjer hutan di India mungkin akan menggunakan ‘senjata luar biasa’ iaitu minyak wangi Obession Calvin Klein untuk memerangkap harimau dipercayai telah membunuh 13 mangsa sejak 2016.

Operasi utama untuk menangkap harimau betina digelar Avni di Maharashtra itu telah dilancarkan sejak sebulan lalu.

Pasukan peronda, kamera perangkap inframerah dan gajah juga gagal menjejaki haiwan tersebut.

Saintis di Amerika Syarikat mendapati bau minyak wangi Obsession for Men itu dapat menarik perhatian harimau pada 2013 kerana aroma sintetiknya.

“Ia adalah gabungan vanila yang mencetuskan rasa ingin tahu antara manusia dan haiwan,” kata salah seorang perekanya, Ann Gotttlieb.

Difahamkan, minyak wangi itu telah digunakan untuk memerangkap harimau di Tamil Nadu.

“Ada pihak mencadangkan guna minyak wangi Calvin Klein untuk ‘memikat’ harimau tersebut. Ada pegawai kami telah membelinya dan ia adalah salah satu daripada eksperimen yang akan kami lakukan, namun keputusan masih belum dibuat,” kata pegawai perhutanan, AK Mishra.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans