Misi Rakyat – Channel W

Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 semakin dirasai. Mulai 29 Januari ini, kami bawakan satu siri khas Misi Rakyat.

Dalam siri khas ini, Channel W akan melihat kepada isu-isu yang menjadi keluhan rakyat. Kami akan turun padang, bertanya sendiri dengan penduduk kawasan, ketengahkan masalah mereka kepada wakil mereka dan pihak yang berkenaan. Hasrat kami ialah untuk mencari solusi dan jawapan untuk kesejahteraan rakyat.

29 Januari: Episod #1 Pilihanraya Malaysia

Pengenalan kepada sistem pilihanraya Malaysia. Kami kongsikan bersama, temubual khas bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah. Sudah siap sedia kah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggalang tanggung jawab ini? Bagaimana dengan mereka yang tidak mahu turun mengundi?

Tayangan Pertama: Studio Malam, Isnin pukul 10.05 malam

30 Januari: Episod #2 Sampah Lembah Pantai & Ijok

Dalam episod ini, kita meninjau keluhan rakyat mengenai sampah sarap, setinggan dan sebagainya di kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Ijok, Selangor. Mengapakah ini masih berlaku?

Tayangan Pertama: Studio Malam, Selasa pukul 10.05 malam

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans