Mo Salah, Tak Salah Lagi! – Channel W

Mo Salah, Tak Salah Lagi!

Tonggak penyerang Liverpool, Mohamed Salah, menjaringkan gol yang mematikan semangat Manchester City malam tadi di Stadium Etihad. Liverpool menang 2-1 dan mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Juara-Juara Eropah (UCL) dengan kemenangan agregat 5-1.

Roberto Firmino setelah menjaringkan gol kedua

Manchester City yang kalah 3-0 di pusingan pertama di Anfield minggu lepas, bermula cemerlang apabila Gabriel Jesus menjaringkan gol awal bagi Manchester City pada minit ke 2. Tetapi apabila Pep Guardiola di ‘buang padang’ dan Mo Salah kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke 56, impian Manchester City untuk bangkit kembali terkubur.

Ini adalah kali pertama Liverpool FC berjaya masuk pusingan separuh akhir UCL dalam dekad ini. Impian penyokong-penyokong Liverpool untuk mengulangi kegemilangan Istanbul 2005 semakin nyata.

Jika kebangkitan Manchester City tidak menjadi, Roma membenam Barcelona 3-0 di gelanggang sendiri dan menang secara agregat 4-4 (kelebihan gol ditempat lawan). Messi dan Barcelona menggigit jari setelah mensia-siakan kelebihan menang 4-1.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans