Modal Insan Cemerlang Kunci Kejayaan Malaysia – Channel W

Modal Insan Cemerlang Kunci Kejayaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Modal insan menjadi faktor paling penting bagi menempa kejayaan, jauh mengatasi kepentingan sumber asli dan infrastruktur yang memacu Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata formula Malaysia yang dirumuskan hampir 30 tahun lepas menggabungkan pelbagai faktor seperti kestabilan politik, tenaga buruh yang murah, undang-undang dan peraturan selain infrastruktur kelas pertama dengan jayanya dicontohi dan terus ditambah baik oleh pesaing dari negara jirannya.

“Satu-satunya cara untuk kita maju ke hadapan adalah dengan mempunyai modal insan cemerlang, dan kita perlu memikirkan semula pendidikan dan latihan kita dengan sepenuhnya.”

“Menambah baik sekolah sahaja tidak cukup, perjalanan kita ke arah kecemerlangan akan memerlukan pengurusan sumber manusia holistik terdiri daripada mereka yang terbaik,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Sidang Kemuncak Modal Insan Tun Abdullah Ahmad Badawi kali ke-3, di sini hari ini.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Presiden Sekolah Tinggi Bukit Mertajam Datuk S. Kulasegaran.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans