Mohamad Saifuddin Raih Pingat Gangsa di GP Olahraga Para Dunia – Channel W

Mohamad Saifuddin Raih Pingat Gangsa di GP Olahraga Para Dunia

KUALA LUMPUR – Atlet elit olahraga para negara, Mohamad Saifuddin Ishak meraih pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza ke-10 – Grand Prix Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Khamis.

Menurut unit perhubungan media Institut Sukan Negara (ISN), Mohamad Saifuddin meraih pingat gangsa menerusi acara lompat jauh T12 (cacat penglihatan) melakukan lompatan sejauh 6.69 meter.

Pingat emas dimenangi oleh Islam Salimov dari Kazakhstan (T13) dengan lompatan sejauh 6.93m manakala pingat perak dimenangi oleh Hajimu Ashida dari Jepun (T47), dengan lompatan 6.61m.

Pemenang pingat ditentukan mengikut tahap kecatatan kerana acara berkenaan menggabungkan empat tahap kecatatan iaitu T12, T13, T46 dan T47.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans