Monyet Salji Utara Nagano Gemar Spa – Channel W

Monyet Salji Utara Nagano Gemar Spa

TOKYO – Berendam dalam tab mandian air panas terbukti melegakan tekanan bukan saja kepada manusia tetapi juga monyet, kata penyelidik di Jepun.

Monyet salji di wilayah utara Nagano, Jepun terkenal dengan tabiat suka berendam dalam air panas. Tabiat itu sekali gus menarik ramai pelancong untuk merakam gambar haiwan itu sedang berendam.

Sejak sekian lama, wujud andaian bahawa monyet itu berendam dalam air panas hanya untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.

Dalam satu kajian, penyelidik di Institut Penyelidikan Primat di Universiti Kyoto memerhatikan 12 monyet betina jenis macaques di taman monyet Jigokudani Yaen-Koen di Nagano pada 2014 dan mendapati ada banyak kesan lain.

Mereka mengkaji tingkah laku monyet dan mengumpul data untuk mengukur paras glukokortikoid iaitu sejenis hormon yang kepekatannya meningkat apabila tahap tekanan tinggi.

Mereka mendapati bahawa tahap tekanan monyet yang berusia antara lima hingga 24 tahun adalah kira-kira 20 peratus lebih rendah secara purata selepas mandi.

– AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans