Mourinho Cari Pengganti Carrick & Fellaini – Channel W

Mourinho Cari Pengganti Carrick & Fellaini

MANCHESTER UNITED – Jose Mourinho mengesahkan dia kini sedang mengintai dua pemain baharu untuk mengisi posisi yang bakal dikosongkan Michael Carrick dan Marouane Fellaini dalam skuad utama Manchester United.

Carrick dilaporkan akan bersara dari kariernya selaku bola sepak profesional dan akan menyertai pasukan kejurulatihan United manakala Fellaini bakal meninggalkan Old Trafford secara percuma.

Pemain kebangsaan Belgium itu kini mempunyai baki kontrak selama dua bulan dan enggan menerima tawaran baharu dari United.

Dan terbaharu, Mourinho mendedahkan dia akan membelanjakan sejumlah besar dana pada jendela perpindahan pemain, lebih-lebih lagi apabila dia menjangkakan lebih ramai pemain akan meninggalkan kelab itu.

“Kami akan mengeluarkan pelaburan besar untuk memperbaiki skuad. Kami perlu mencari pengganti Carrick dan jika Fellaini pergi, kita juga perlu mencari penggantinya.

“Terdapat sekumpulan pemain atau sentiasa ada seorang atau dua pemain, mereka tidak kerap beraksi dan akan cuba angkat kaki.

“Jadi kita perlu berbelanja besar untuk mencari pemain baharu. Kita ada beberapa pemain muda, jadi tunggu dan lihat sahaja.

“Buat masa ini, saya tidak fikir mengenai musim depan, saya hanya memikirkan mengenai Arsenal kerana kita perlu satu mata untuk menamatkan saingan di tempat keempat,” katanya.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans