MRSM Ulul Albab Lahirkan Lebih Ramai Huffaz – Channel W

MRSM Ulul Albab Lahirkan Lebih Ramai Huffaz

KOTA BHARU – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Ketereh bakal melahirkan 750 huffaz yang berkemampuan menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami tuntutan Al-Quran.

Pembinaan tersebut melibatkan kos pembinaan sebanyak RM120 juta diatas tanah selias 15.09 ekar dengan tempoh pembinaan selama dua tahun bermula Julai tahun ini dan dijangka siap pada Oktober 2019.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata MRSM ini merupakan MRSM Ulul Albab yang pertama di negeri ini dan kelima selepas MRSM Gemencheh, Sungai Besar, Kepala Batas dan Kota Putra.

Selain itu, ia merupakan MRSM keenam selain lima yang lain di negeri ini iaitu di Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh, Jeli, Kuala Krai dan Tumpat.

Beliau berucap semasa Majlis Pecah Tanah MRSM Ulul Albab yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan turut mengiringi, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelatan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain itu, Perdana Menteri turut merasmikan Pusat GiatMara Prima Melor.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 1,479 huffaz telah dilahirkan MRSM melalui pendidikan Ulul Albab tersebut dan jumlah itu amatlah membanggakan.

Mengulas mengenai Pusat GiatMara, Awang memberitahu, sehingga kini terdapat 230 buah pusat GiatMara yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia dengan 2,210 anggota kerja yang menawarkan 685 kursus.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans