MSAP demi harga rendah jalur lebar – Channel W

MSAP demi harga rendah jalur lebar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperincikan laporan berhubung pengurangan harga jalur lebar talian tetap yang baharu, lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi MCMC:

Telekom Malaysia (TM), Maxis, Time dotcom (TIME) dan Celcom telah mengumumkan pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu ekoran saranan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menawarkan jalur lebar talian tetap pada harga yang lebih berpatutan kepada rakyat, lanjutan daripada pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Kesemua syarikat telekomunikasi kini menawarkan pakej permulaan di bawah RM100, berserta pakej-pakej yang menawarkan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah.

Sumber gambar: Facebook

Pada bulan Jun lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan bahawa menerusi pelaksanaan MSAP untuk jalur lebar tetap, kerajaan menjangkakan harga jalur lebar akan dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 25% menjelang 31 Disember 2018 sementara kadar kelajuan yang lebih tinggi akan turut disediakan. Secar keseluruhannya, pelaksanaan MSAP itu telah menyebabkan pengurangan harga lebih daripada 30% untuk pakej-pakej permulaan tersebut.

Kelajuan yang lebih tinggi – Selain daripada pakej-pakej permulaan, syarikat-syarikat telekomunikasi turut mengumumkan peningkatan kelajuan pada harga yang sama. Dalam kes tertentu, seperti TM, kelajuan telah meningkat 10 kali ganda.

Begitu juga dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain yang turut memperkenalkan pakej-pakej berkelajuan tinggi dengan TIME memperkenalkan pakej permulaan Gigabit pada harga RM199. Ini adalah kali pertama pakej jalur lebar Gigabit diperkenalkan kepada sebahagian besar segmen penduduk di Malaysia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans