MSC Cyberjaya diberi nafas baru – Channel W

MSC Cyberjaya diberi nafas baru

Kerajaan akan lebih memberi tumpuan dalam teknologi baharu sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Menurut Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, perkara yang akan dibuat dalam hal itu adalah memberi nafas baharu kepada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Cyberjaya.

 

Beliau berkata, kerajaan akan menggalakkan penggunaan Cyberjaya untuk industri berkenaan.

“Cyberjaya ketika ini menjadi pembangunan biasa saja, banyak bangunan dan pangsapuri dan sebagainya. Tiada aplikasi (seperti sepatutnya).

“Bagaimanapun, kami mahu memberi tumpuan semula kepada industri berasaskan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampai ucap utama di Persidangan dan Pameran Bandar Raya 4.0 dan Perniagaan 4.0 Antarabangsa di Kuala Lumpur, Isnin.

Ditanya sama ada gelombang kedua MSC, Dr Mahathir berkata: “Ya…saya rasa kita patut.”

Lagipun, katanya, pada masa ini orang ramai sudah mempunyai akses kepada pengetahuan dan teknologi baharu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans