Dalam satu kenyataan  Setiausaha Akhbarnya, Hafiz Abdul Halim, Muhyiddin akan mengambil cuti untuk menjalani rawatan susulan bermula hari ini dan dijangka akan kembali bertugas dalam tempoh sebulan.

“Tan Sri Muhyiddin telah selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas yang telah dapat dikesan pada peringkat awal.

“Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau dalam keadaan stabil,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Sementara Muhyiddin bercuti, tugas beliau sebagai Menteri Dalam Negeri akan dijalankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad