Dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan tersebut dibuat pada pukul 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, pada Isnin.

“Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

“Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November 2018, pukul 2 petang ini untuk pertuduhan tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu sebelum ini pernah disiasat SPRM membabitkan transaksi rasuah.

Beliau sebelum ini juga pernah mendapatkan rawatan di United Kingdom selepas Pilihan Raya Umum Ke-14