Musa bebas dengan jaminan polis – Channel W

Musa bebas dengan jaminan polis

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menerima rawatan susulan di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor, sejurus kembali ke Malaysia, Selasa lalu, ditahan polis hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga ditahan pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, katanya, Musa dibebaskan dengan jaminan polis selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya menolak permohonan polis untuk menahan remannya mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.

“Betul… (Musa) ditahan jam 10 pagi tetapi gagal direman setelah ditolak oleh majistret,” katanya dipetik media.

Musa yang sebelum ini dilaporkan mendapat rawatan di London, pulang ke tanah air selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 6.45 petang, pada Selasa lalu dari Seletar, Singapura dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Selangor.

Musa, dilaporkan meninggalkan negara ini ke London pada 16 Mei lalu untuk menjalani rawatan perubatan di London.

Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada majlis angkat sumpah 10 Mei lalu.

Di Kuala Lumpur, peguam Musa, Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi, berkata anak guamnya bekerjasama dengan polis sepanjang proses itu.

Katanya, anak guamnya diminta memberi kenyataan sejurus tiba di tanah air pada Selasa lalu tetapi tidak mendapat kebenaran doktor kerana keadaan beliau yang belum stabil.

“Proses merakam keterangan ditangguhkan kepada keesokannya (semalam) tetapi keadaan yang sama berlaku. Oleh itu, ia ditangguhkan ke hari ini.

“Pagi tadi pegawai penyiasat datang ke wad (pusat perubatan) dan menahannya, diikuti dengan permohonan perintah reman pada tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat memaklumkan mereka perlu menahan reman Musa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan ugutan jenayah.

Bagaimanapun, katanya, Majistret Norshahirah Abd Salim menolak permohonan perintah reman itu.

Beliau berkata, polis bertindak secara profesional dan tiada layanan istimewa diberikan kepada Musa.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans