Muslimat PAS Bantah bubar JAKIM – Channel W

Muslimat PAS Bantah bubar JAKIM

Muslimat Pas hari mula bersuara membantah sekerasnya terhadap mana-mana gerakan atau individu yang mendesak kerajaan untuk membubarkan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Jakim.

“Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia Salamiah Mohd Nor  menegaskan, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mesti menyatakan pendirian terhadap isu Jakim kerana dalam perlembagaan Perkara 3 (1) telah tertulis Islam adalah Agama Persekutuan.

“Muslimat PAS turut menegaskan bahawa penubuhan Jakim yang dinaik taraf daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (Bahies) pada awalnya sebagai satu implementasi butiran dalam Perkara 3 (1) sejak dari tahun 1997 hingga kini,” kata Salamiah.

Tambahnya, Jakim merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang melaksanakan tiga fungsi utama iaitu Penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarie, Penyelarasan Pentadbiran Islam dan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam.

“Justeru kami Muslimat Pas bertanggungjawab untuk menyeru dan mengajak semua pihak terutama Muslim seluruh Malaysia agar mengambil berat tentang gerakan yang tidak wajar ini.

Bagi rakan-rakan bukan Islam tidak perlu risau kerana mereka bebas mengamalkan agama masing-masing dan peranan Jakim tidak menggangu perihal agama lain.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans